Selasa, 14 November 2017

KEBAIKAN BERTANGAS



Amalan bertangas adalah amalan yang telah diamalkan sejak beratus tahun dahulu. Ia lazimnya dilakukan oleh wanita selepas bersalin selain bertungku untuk mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan proses bersalin sekaligus merawat bahagian intim wanita.

Bagi mereka yang lakukan kaedah selepas darah nifas kering atau selepas berpantang pula, ternyata ia mampu membantu proses penyembuhan serta mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj. 

Antara kebaikan lain bertangas adalah : 
  1. Mengurangkan masalah bau pada bahagian intim.
  2. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental.
  3. Mengeluarkan sisa darah haid.
  4. Mengencangkan otot vagina.
  5. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak.
  6. Mewangikan badan. 
  7. Mengurangkan masalah senggugut.
  8. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.
  9. Melembabkan kulit sekitar kawasan faraj yang mungkin kering dan gatal selepas haid.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan